Monday, August 30, 2010

nothg n nothg

mghiburkan dri dgn mcuci mte mlihat n mbc bout yonghwa
sarangae yonghwa










pic2 diambil d allkpop n fb cnblue











Saturday, August 28, 2010

janganlah bersedih~


Kebahagiaan itu bukan khurafat. Sesungguhnya ia adalah hakikat yang nyata. Ramai orang yang menikmatinya, dan kita pun memiliki kesempatan sangat besar untuk menikmatinya bila kita dapat memanfaatkan cubaan-cubaan kita dan mengelola pengalaman-pengalaman yang telah kita perolehi dalam kehidupan.

Apabila kita telah dapat memahami erti kehidupan ini, kita akan mampu mengeksploitasi banyak hal yang berguna dari dalam jati diri kita dan kita dapat membebaskan diri dari berbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizik dan kejiwaan kita dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. Kita dapat menghayati kehidupan kita yang telah dianugerahkan oleh Allah ini dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang, dan tidak pula menyengsarakan diri.

Manusia adalah cermin bagi manusia yang lainnya. Jika seseorang berbudi pekerti baik, maka orang lain akan berlaku serupa dengannya. Oleh itu, hidupnya menjadi tenang dan hatinya akan tenteram. Dia akan merasakan hidup dalam masyarakat yang baik dan penuh kekeluargaan.

Bila seseorang manusia berakhlak buruk dan berlaku kasar, maka dia akan mendapat perlakuan buruk dan kasar pula. Orang yang tidak menghormati orang lain, maka tidak akan dihormati pula oleh mereka.


Petikan : JANGAN BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

Kesimpulannya, hidup ini adalah karma..apa yang kita wat kat orang pasti akn terima kmbali..omputeh ckp wat u give..u get back..mk,jgn lah mengeluh dan usahlah sedih dengan apa yg org buat pd kita,tetapi berasa sedihlah kalau org mnjadi susah akibat perbuatan kte.ini sje utk perkongsian ari ini..daa

Tuesday, August 24, 2010

kecewa

kecewa??ermmm..sumerang penah rasa..tol x??ape2 pn..kekcewaan itu perlulah diatasi agar tidak memakan dri..jauhkanla diri drpd mbiarkan dri dlm keadaan frust sbb dr ctu kte leh dpt stress n burn out..kdg2 kcewa itu mbntu kte utk trus mjalani khdupan yg akn dtg dgn lbh bhati2..jgn smpai trauma udahla..2 agy payah..entri ni dwat utk rerkn yg sdg kciwa n utk peringatan dri sndri..msh xok k..dlm prses pulih

kciwa ni general..de yg kciwa dsbbkn life..de yg kciwa dek krn rkn2..n yg salu org kciwa sgt bile kciwa dtgglkn oleh org yg mreka syg..salunye gurl la yg byk kciwa..sbb gurl ni salu amek port..laki2 xde la sgt..dorg mls skit pk hal2 cmni..if ade yg frust pn..cmfrm xtnjuk..tol ke??hehe

mstila kciwa ble si A da luah prasaan kat B n beri harpn byk2 kmdian tgglkn B..da la xdclare pape..agy truk rsnye..ni kan plak pd mreka yg dah declare2..mgape ek mreka wat gtu??xfhm tol..ishk2..tp mnusia ni kdg2 sengal gak..wlpn org da wat mcm2 kat kte..kte still lak leh xksh n truskn berkwn n biarkan dri dilukai n trus dilukai..dasyat2..ni smua dek krn terlalu syg n tberi arpn kt dri sndri terlalu over.. kalau anda ditmpt org ini..ape perlu anda lakukan??majoriti akn mnjwb tinggalkan..yurp..snanye 2 la yg terbek..sayangila dri sndri k.

Sebenarnya, orang yang sedia melukakan hati kte, xmgkin dia akan tergila2kan kte dan akn mengulangi ksilpn yg sme. jika kte berjaya pn memerngkap die, x mgkin die akan trut 'gila' sbgmn kte. ble seseorg tbe2 berubah & ckp pd kte wat hal msg2..fhm2 je la mksudnye..DR.HM Tuah Iskandar al-Haj berpesan " jika anda sudah tidak diperlukan oleh seseorg, bawalah dri.pergilah dari situ n binalah hidup bru. Jelas, dia bukan terbaek utk anda " ni yg ak try wat k.

weh korg..wke up la wke upla..jgn biakan dri 2 ksdihan bpnjgn..lek la..rmai agy kat luar sne 2..usah kciwa sgt dgn hal smacm tu..xsmua yg kte sgkakn baek sbnr2nya bek utk kte. byk jgak yg bruk ttpi rpa2nya ia amat bek bg kte..mgkn korg sgja dtemukn dgn insan yg salh spy nti apbla korg jmpe dgn org yg btul, anda akn lbh dhrai olehnya n mgkn lbh bgus drpd sblmnya n korg ptt lbh mghrgai ptemuan itu..kpd gurl..if nk cri laki..crila lelaki mlalui ati..lelaki yg kuat adlh lelaki yg boleh dibuat pergantungan, sebaliknya lelaki yg palg lemah adalah btindak spt 'juru gantung'..jika ada jdoh xkmane la weh..dkt2kan la dri 2 kpdNya..mgadupdNya..byk2 la bdoa..insyaAllah akn dpmudahkan..Allah akn beri yg terbek kpd umatnya..pcye la

kpd mreka yg ngah bhgia..ayt ni utk korg..mana mgkin ceria tanpa bahagia, mana mgkin bahagia tnpa gurau snda, mana mgkin boleh bgurau snda tnpa persfhmn. mne mgkn kesemuanya itu jika tnpa cnta & ksh syg (petikan : mmbina peribadi anggun)..

cbela cri kttenangn dgn mlkukn xtvt yg mnarik..cth cm layan kpop..ekeke..tgk laki2 comey byk oo..bz2 kn la dri 2..if xbz kn dri..cmfrm korg asek terknang..fikir2kn la..


entri ni dwat utk rkn sy yg kciwa..bsbrla ek

jika seseorg itu btul2 syg kita..pasti org itu akn kmbali kepangkuan kita dgn izin Allah

p/s : rsnye cm plek ckit ayt2 ni..maaf la ek ;P




Wednesday, August 11, 2010

JODoH

nukilan dari seorang sahabat...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN EVERYONE :))

Tuesday, August 10, 2010

saje2

khidupan yg plg bek adalah SINGLE...

sbbnye...kte xperlu pk hal org len...

pk hal dri sndri je...tp mksure dri anda

sgt kuat ble anda keseorangan..

kna ada motivasi dri yg sgt padu..fighting!!!
*ble la nk de partner ni..haishhh


" ~ kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita tetapi hanya
dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka ~ "
*mnanti seseorg maafkn dri ni sjak thn lpas..tp myb gurl ni xkn maafkn..sbb die still slhkn sy pe yg blaku


*skang ni ngah addicted ngan yonghwa cn blue ngn taemin n mInho SHINEE


Tuesday, August 3, 2010

uDaNg gOreNg sEraI~

jum mencuba :) Smiley


bahannya :


300 gram udang segar

5 batang serai

10 ulas bawang merah(dihiris halus)

5 tangkai cili padi

5 helai daun limau purut

4 sudu besar sos ikan

4 sudu besar mae pranom(cili thailand)

2 biji limau nipis

3 tangkai daun bawang (dipotg 1cm)

myk utk menggoreng


cara-caranya:


1. MINYAK.....masukkan sedikit minyak ke dalam kuali

2. PERASA.....udang digaul bersama sos ikan dan air limau terlebih dulu


3. MULA MENGGORENG...masukkan udang dan goreng dalam api perlahan


4. AROMA...goreng bawang, diikuti daun limau purut


5. GAUL MESRA...gaul serai dan udang dengan sebati


6. TAMBAH....masukkan cili padi, akhir sekali masukkan mae pronom dan daun bawang, sedia dan HIDANG....

~~~~~ sElaMaT meNcubA~~~~~~~~~~~~~

Sunday, August 1, 2010

sad n sad again



emosi x stabil..

gle sdey...mane tmpat sy??

sape ade ngan saye skang ni???

sape2???...sy perlu mnangis...kluarkan la...

i hate dis situation...

tkut pe yg blaku skang ni...cm tgh berulang je...

pegi la jejauh wahai ksedihan....